Lagu Tema

Selamat Datang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya akan mengajar kamu untuk subjek UHS1152 Hubungan Etnik SPACE untuk Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur (sec 21) dan Kuching (sec 01).

Semoga kita dapat bekerjasama!

wssalam.

Nasir.Masroom
0137885504
m.nasir@utm.my

Monday, August 27, 2012

KUIZ 3 @KUL (25 Ogos)

Salam.

Kuiz 3 @KUL telah dijalankan pada 25 Ogos 2012. Berdasarkan jawapan-jawapan yang diberi, saya dapati beberapa kumpulan tidak memberikan jawapan yang tepat untuk soalan (b). Berikut saya berikan jawapan yang dikehendaki dalam skema markah;


Jawapan:
Apakah anda faham dengan prinsip Islam Hadhari "Rakyat Berjiwa Merdeka"? 1 Markah

a)    Mengikut prinsip tersebut, masyarakat yang mempunyai jiwa yang merdeka  ialah masyarakat mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka juga dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Oleh itu Rukun Negara menjadi teras kepada masyarakat yang merdeka.Membina kebebasan diri ini juga bermaksud membebaskan diri kita daripada penghambaan sesama manusia dan unsur makhluk yang lain bahkan kiita menjadi hamba dan memyerah diri sepenuhnya kepada Allah.

Adakah prinsip ini selari dengan perkara 10 (2), (3) dan (4) dalam perlembagaan persekutuan. Bincangkan. 2 Markah
b)    Ya, prinsip ini selari dengan Perkara 10(2),(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang sedia maklum “Rakyat berjiwa Merdeka” bermaksud mempunyai fikiran yang kreatif, kristis dan inovatif. Selain itu, mampu meluahkan hasrat hati, mengutarakan buah fikiran yang dinamik, positif dan proaktif. Ini bermakna rakyat boleh mengutara atau meluahkan pendapat atau pandangan mereka sendiri yang boleh memberi manfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat, dan Negara. Namun rakyat itu sendiri perlu tahu bahawa pendapat dan pandangan yang mereka utarakan itu tidaklah melampaui batasan nilai dan etika keislaman dan ketimuran sehingga boleh menimbulkan fitnah ataupun memporak perandakan keamana Negara. Sekiranya perkara itu berlaku, Negara berhak untuk menyekat ataupun melarang sebarang aktiviti-aktiviti yang boleh menganggu keamanan Negara.

Nyatakan apakah kesan negative yang utama terhadap kebebasan bersuara kepada hubungan etnik? Penyelesaiannya. 2 Markah
c)    Kebebasan bersuara tiada gunanya jika tidak diamalkan dengan rasa tanggungjawab. Kebebasan mutlak dan tanpa batasan boleh memberi kesan buruk. Kita tidak harus terpengaruh dengan desakan kebebasan bersuara, tetapi tidak mengambil kira perasaan atau sensitiviti orang lain. Kita sudah banyak menyaksikan pelbagai musibah dan bencana menimpa negara lain disebabkan kebebasan bersuara tanpa had. Sebab itulah majoriti rakyat marah apabila tercetus beberapa kejadian demonstrasi jalanan yang didukung kumpulan tertentu baru-baru ini, kerana ia lebih banyak mendatangkan kesan negatif termasuk kepada peniaga.Oleh itu, sebarang rasa tidak puas hati seharusnya disuarakan melalui saluran tertentu bukan menerusi demonstrasi jalanan. Rakyat yang mampu berfikir secara rasional tidak akan membenar atau merelakan sebarang anasir untuk merosak serta mencemarkan keharmonian yang dibina sejak sekian lama.

sekian.

No comments:

Post a Comment