Lagu Tema

Selamat Datang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya akan mengajar kamu untuk subjek UHS1152 Hubungan Etnik SPACE untuk Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur (sec 21) dan Kuching (sec 01).

Semoga kita dapat bekerjasama!

wssalam.

Nasir.Masroom
0137885504
m.nasir@utm.my

Kuiz 1 @KUL (10 markah)

Hantarkan jawapan anda, dengan "copy and paste" jawapan anda pada ruang kosong.

8 comments:

  1. JAWAPAN

    1. Perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah Negara dibahagi-bahagi dan digunakan. Perlembagaan juga perlu melihat prinsip-prinsip asas yang membentuk institusi-institusi Negara – eksekutif, badan perundangan dan kehakiman – sekaligus menyatakan bidang kuasa dan peranan mereka dalam kerangka itu.
    2. Perlembagaan persekutuan digubal melalui persidangan Parlimen dan mendapat pengesahan daripada Majlis Raja-Raja Malaysia.
    3. Perlembagaan ialah suatu dokumen yang paling tinggi mengandungi peraturan asas dan undang-undang sesebuah Negara di mana ia juga adalah manifestasi system politik dan pertadbiran kerajaan yang dipraktikkan dalam sesebuah Negara. Kewujudan sesebuah perlembagaan menggambarkan ketinggian pembentukan sesebuah tamadun masyarakat Negara tersebut.
    4. Perlembagaan Persekutuan berada dikemuncak Sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia kerana kuasa perlembagaan merupakan kuasa yang tertinggi dan kerajaan juga tertakluk kepada ketinggian yang dimiliki oleh perlembagaan dalam mewujudkan sebuah kerajaan yang berwibawa dan berintegriti yang mementingkan pemerintahan demokrasi.
    5. Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal Negara ini kerana orang melayu adalah penghuni tertua selepas orang peribumi di Tanah Melayu.
    6. Seseorang yang bukan berasal dari daripada Negara ini boleh menjadi warganegara dengan memohon kepada Kerajaan Persekutuan dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan didalam Perlembagaan Persekutuan.
    7. Kaitan antara Kontrak Sosial dengan Perlembagaan Malaysia ialah kemuncak kepada persefahaman,toleransi dan semangat kerjasama yang tinggi di antara kaum .

    ReplyDelete
  2. 1) Perlembagaan ialah suatu dokumen yang paling tinggi dalam pentadbiran sesebuah Negara.Ia merupakan dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa- kuasa awam di dalam sesebuah Negara dibahagi- bahagikan dan digunakan.

    2) Oleh kerana penentangan orang melayu terhadap Malayan union amat sengit maka pihak british terpaksa membubarkan rancangan Malayan union, dan digantikan dengan perlembagaan persekutuan.



















    3) Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.
    4) Ini disebabkan Perlembagaan memperuntukkan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa Perlembagaan Malaysia adalah undang – undang utama persekutuan dan apa- apa undang – undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.
    5) Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, orang Melayu diberi hak dan keistimewaan sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Ini adalah kerana kedudukan istimewa orang Melayu menjadi tanggungjawab khas YDP Agong.
    6) Berpandukan artikel 14 – 18 kerakyatan orang Melyu diperlonggarkan.
    7) Kontrak sosial ialah kemuncak persefahaman, toleransi dan semangat kerjasama yang tinggi diantara kaum.Dimana penerimaan orang melayu terhadap isi kandungan Perlembagaan Persekutuan iaitu hak kewarganegaraan terhadap orang bukan Melayu.

    ReplyDelete
  3. Kumpulan 8 (Team Soromban Eh!)July 28, 2012 at 3:11 PM

    1. Perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah Negara dibahagi-bahagi dan digunakan.
    2. Perlembagaan merupakan suatu sifat dinamik. Justeru itu, atas kepentingan nasional, sesuatu akta yang diperuntukan dalam perlembagaan Negara atau negeri, boleh mengalami pindaan. Syarat utama pindaan perlembagaan ialah rang undang-undang yang baru diperkenalkan memerlukan kelulusan dua pertiga daripada ahli-ahli dewan rakyat. Dan dewan negeri serta mendapat pengesahan DYMM Yang Dipertuan Agong atau raja-raja.
    3. Kepentingan perlembagaan ialah untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia juga dapat menentukan rangka bentuk pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang jujur, cekap dan adil. Ia juga dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
    4. Untuk mengawal kuasa 3 ekuiti utama dalam struktur pemerintahan iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.
    5. Diiktiraf sebagai penduduk asal berdasarkan orang melayu memonopoli lebih daripada 50% penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati Negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah Negara.
    6. Bagi perempuan warga asing boleh menjadi warganegara melalui perkahwinan dengan lelaki warganegara. Kewarganegaraan juga boleh diperolehi sekirangan warga asing tersebut telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum permohonan dibuat dan berkelakuan baik sepanjang tempoh tersebut.
    7. Disebabkan oleh faktor penggabungan/permuafakatan antara 3 kaum yang terbesar iaitu melayu, cina dan india telah menyumbang ke arah pembentukan perlembagaan iaitu seperti hak keistimewaan orang melayu, raja sebagai ketua pemerintah dan ketua agama, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, islam sebagai agama rasmi dan orang bukan melayu di persekutuan tanah melayu mendapat hak kewarganegaraan secara automatik. Ia merupakan kemuncak kepada persefahaman toleransi antara kaum.

    ReplyDelete
  4. KUMPULAN 2 PUASA PENUHJuly 28, 2012 at 3:12 PM

    1) Apakah pengertian Perlembagaan? (1markah)
    Perlembagaan ialah satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.
    Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.
    2) Nyatakan bagaimana Perlembagaan Persekutuan digubal? (1markah)

    Perlembagaan digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Jawatankuasa terdiri daripada wakil kerajaan British, Penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti.

    Pada Januari 1956 Tunku Abdul Rahman ke London untuk membincangkan penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan membuat rundingan mengenai tarikh kemerdekaan.

    Memorandum disebut Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur yang menyentuh lima perkara utama, iaitu :-

    • Kedudukan Raja-Raja Melayu
    • Kedudukan agama Islam
    • Kedudukan Bahasa Melayu
    • Kedudukan istimewa orang melayu
    • Kerakyatan sama rata

    3) Sejauh manakah kepentingan pelembagaan kepada sesebuah negara? (1markah)

    • Kepentingan perlembagaan menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.
    • Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat
    • Dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil.

    4) Kenapakah perlembagaan Persekutuan berada dikemuncak sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia? (1markah)

    • Untuk mewujudkan suatu bentuk pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yand adil, sistematik dan berkesan.
    • Untuk mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh badan-badan yang mentadbir dan memerintah negara.
    • Untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang berwibawa dan berintegriti yang menekankan kepentingan kuasa rakyat dalam sistem demokrasi.
    • Untuk mengawal dan memantau pentadbiran sesebuah kerajaan yang selaras dengan prinsip dan semangat perlembagaan.
    • Untuk menjelaskan hak, peranan dan tanggungjawab rakyat sebagai wargenagara yang menentukan kelangsungan sesebuah negara bangsa.
    • Untuk menjamin perkembangaan dan kesinambungan sesebuah negara bangsa, di mana rakyatnya mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.
    • Untuk menjamin keamanan, keharmonian , kestabilan dan kemakmuran sesebuah negara bangsa.

    5) Mengapakah orang melayu diiktiraf sebagai penduduk asal negara ini? (1markah)

    Orang melayu diiktiraf sebagai penduduk asal negara ini adalah kerana berdasarkan orang melayu memonopoli lebih daipada 50% penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.

    6) Bagaimanakah seseorang yang bukan berasal daripada negara ini boleh menjadi warga negara? (2markah)

    • Mana-mana perempuan yang bersuami dan suaminya seorang warganegara, maka perempuan itu berhak didaftarkan sebagai wakil negara jika perkahwinan itu masih wujud.
    • Suaminya itu seorang warganegara pada permulaan bulan Oktober 1962, atau jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan :-

    • Bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap.
    • Bahawa dia berkelakuan baik.

    7) Apakah kaitan kontrak sosial dengan perlembagaan Malaysia? (3markah)

    Kontrak sosial ialah persefahaman, toleransi dan semangat kerjasama yang tinggi antara kaum, akan tetapi walaupun bangsa melayu mengamalkan sikap toleransi dengan kaum lain dan menerima kaum lain menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu menurut Perlembagaan. Akan tetapi perlembagaan juga akan menjamin hak-hak orang Melayu seperti :-

    • Kedudukan Raja-Raja Melayu
    • Kedudukan agama Islam
    • Kedudukan Bahasa Melayu
    • Kedudukan istimewa orang melayu
    • Kerakyatan sama rata

    ReplyDelete
  5. Kumpulan 9

    PENGERTIAN PERLEMBAGAAN
    Dokumen yang paling timggi dalam pentadbiran negara.
    Perlembagaan adalah satu menifestasi sistem politik dan pentadbiran kerajaan yang dipraktikan dalam sesebuah negara.

    Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
    -memerlukan kelulusan dua pertiga daripada ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negeri, serta mendapat pengesahan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong atau Raja-Raja.
    -jika Yang Dipertuan Agong tidak membuat pengesahan dalam tempoh masa 60 hari maka pindaan baru akan terlaksana dengan serta merta dipersetujui oleh ahli dewan

    Kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah negara
    -menjamin kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat
    -mencorak pentadbiran negara
    -memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara
    -menjaga hak rakyat dan tanggungjawab rakyat atas batasan hak istimewa yang diperuntukan
    -menaiktaraf kehidupan rakyat

    Perlembagaan Persekutuan berada pada kemuncak sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia
    -perkara 4(1) perlembagaan malaysia adalah undang-undang utama persekutuan
    -tiada apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal
    -menerangkan dengan terperinci setiap peruntukan yang diminta oleh setiap kaum di Malaysia
    -menerangkan fungsi raja-raja,bahasa,agama dan kebebasan setiap rakyat

    Pengiktirafan orang melayu sebagai penduduk asal negara.
    -diperuntukan didalam fasal 153 hak istimewa orang melayu
    -termaktub didalam jadual kedua taraf kewarganegaraan dengan cara undang-undang
    -penduduk asal negara hasil kajian sejarah

    Menjadi warganegara
    -melalui pendaftaran isteri dan anak warganegara
    -perkahwinan dengan warga tempatan
    -lahir sebelum merdeka ditanah melayu

    Kontrak sosial
    -semangat kerjasama dan tolak ansur (quid pro quo)
    -perpaduan 3 kaum terbesar di Malaysia
    -pengesahan taraf kerakyatan Malaysia
    -hak istimewa orang melayu

    ReplyDelete
  6. 1. Apakah Pengertian Perlembagaan ?
    Perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai dasar ataupun formula yang menyatakan bagaimana kuasa –kuasa awam di dalam sebuah Negara dibahagi-bahagi dan digunakan .
    Perlembagaan juga perlu melihat prinsip-prinsip asas yang membentuk institusi-institusi Negara – eksekutif, badan perundangan dan bank kehakiman – sekaligus menyatakan bidang kuasa dan peranan mereka dalam kerangka itu.
    Antara contoh Negara kita menggunakan nilai Perundangan British

    2. Nyatakan bagaimana Perlembagaan Persekutuan digubal ?
    - Boleh dipinda kerana sikap ,fahaman dan kehendak rakyat berubah dan keputusan Mahkamah
    - Perlembagaan digubal pada Jun 1956 oleh Pesuruhjaya Reid dan telah siap pada Februari 1957
    - Mula dikuatkuasa pada 31 Ogos 1957
    - Kemasukan Sabah dan Sarawak,perlembagaan perlu di pinda.(Peristiwa 13 Mei 1969)
    - Cara Perlembagaan dipinda : 1)Syarat utama pindaan perlembagaan memerlukan kelulusan dua pertiga daripada ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negeri dan mendapat pengesahan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong atau Raja-raja.

    3. Sejauh manakah kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah Negara?
    Antara Kepentingaan membentuk perlembagaan dalam sebuah Negara ialah :
    - Untuk mewujudkan suatu bentuk pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan yang adil, sistematik d an berkesan.
    - Untuk mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh badan-badan yang mentadbir dan memerintah Negara.
    - Untuk mewujudkan sebuah Kerajaan yang berwibawa dan berintegriti yang menekankan kuasa rakyat dalam sistem demokrasi
    - Untuk mengawal dan memantau pentadbiran sebuah Kerajaan yang selaras dengan prinsip dan semangat perlembagaan

    4. Kenapa Perlembagaan Persekutuan berada di kemuncak Sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia?
    - Di anggap tertinggi kerana tiada satu kuasa pun yang boleh mengatasi Ketinggian Perlembagaan Malaysia.
    - Semua tertakluk pada perlembagaan Malaysia walaupun tiga buaha badana utama dalam struktur pemerintahan ialah badan perundangan ,Eksekutif dan Kehakiman juga tertakluk pada perlembagaan Malaysia.
    - Undang-undang yang dibuat tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan Malaysia kerana telah dinyatakan dalam Perkara 4 (1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa –apa undang-undang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.
    -
    5. Mengapakah orang Melayu diiktiraf sebagai Penduduk asal Negara ini ?
    - Kerana Orang Melayu merupakan penduduk tertua di Tanah Melayu.

    6. Bagaimanakah Seseorang yang bukan berasal daripada Negara ini boleh menjadi Warganegara ?
    - Apabila permohonan oleh orang yang berumur 21 tahun yang bukan warganegara maka Kerajaan boleh memberi orang satu perakuan kewarganegaraan jika Kerajaan berpuas hati bahawa ia telah bermastautin selama tempoh yang dikehendaki dan ia berkelakuan baik
    - Ia mempunyai pengetahuan dan memadai dalam bahasa Melayu

    7. Apakah kaitan kontrak sosial dengan perlembagaan Malaysia?
    - Tahun 1950-an merupakan jangkamasa yang agak kritikal ditanah Melayu ini berikutan daripada perjuangan Rakyat yang menumpukan seluruh tenaga dan pemikiran untuk menuntut Kemerdekaan daripada Penjajah British
    - Rakyat pelbagai kaum berbincang dan berunding atas perkara-perkara yang dianggap sensitive,justeru itu, hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan orang melayu dan bukan melayu telah dimaktubkan dalam perlembagaan Malaysia menerusi semangat kerjasama dan tolak ansur (quid pro quo).
    - Kemuncak kepada persefahaman ,toleransi dan semangat kerjasama yang tinggi diantara kaum inilah yang dinamakan Kontrak Sosial.

    ReplyDelete
  7. 1. Perlembagaan merupakan satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan diantara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan juga ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam didalam sesebuah negara dibahagi-bahagi dan digunakan. Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan ia berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.

    2. Perlembagaan Persekutuan digubal melalui rang undang-undang yang baru diperkenalkan dimana ia memerlukan kelulusan dua pertiga daripada ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta mendapat pengesahan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong atau Raja-raja.

    3. Perlembagaan penting kepada sesebuah negara kerana ia mengandungi peraturan asas dan undang-undang bagi sesebuah negara.Perlembagaan juga adalah manifestasi sistem politik dan pentadbiran kerajaan yang dipraktikkan dalam sesebuah negara.Selain itu perlembagaan menggambarkan ketinggian pembentukkan sesebuah tamadun masyarakat.Kepentingan perlembagaan adalah untuk mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh badan-badan yang mentadbir dan memerintah negara.

    4. Perlembagaan persekutuan berada di kemuncak sistem pemerintahan kerajaan malaysia kerana perlembagaan persekutuan ini menunjukkan semua kaum boleh bekerjasama untuk membentuk negara malaysia yang merdeka. Perlembagaan persekutuan juga telah mengembalikan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan sistem kerajaan,orang melayu dan agama islam.

    5. Orang melayu di iktiraf sebagai penduduk asal negara ini kerana orang melayu adalah penghuni tertua yang menghuni tanah melayu. Di mana orang melayu berhijrah ke semenanjung dan kepulauan borneo pada tahun sebelum masihi. Orang melayu juga adalah bilangan masyarakat yang paling ramai dan terdiri dari pelbagai kaum di tanah melayu berbanding bangsa lain sperti india dan china.

    6. Seseorang yang bukan berasal daripada negara ini boleh menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika Kerajaan Persekutuan bepuas hati bahawa dia telah bermaustautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu, bahawa dia berkelakuan baik dan dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.

    Bagi mana-mana perempuan yang suaminya seorang warganegara maka perempuan itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan.

    Peruntukan am tentang pendaftaran. Di mana seorang yang berusia 18 tahun atau lebih boleh didaftarkan sebagai warganegara dibawah perlembagaan ini setelah dia mengangkat sumpah mengikut syarat-syarat kewarganegaraan.

    Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah, dimana jika mana-mana wilayah baru diterima masuk ke dalam Persekutuan selepas Hari Malaysia. Oleh itu Parlimen boleh menentukan siapa yang akan menjadi warganegara mengikut undang-undang.

    7. Kaitan Kontrak Sosial dengan Perlembagaan Malaysia ialah dimana hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu dan bukan Melayu telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia menerusi semangat kerjasama dan tolak ansur (quid pro qua). Oleh yang demikian, kontrak sosial ini wujud kerana adanya persefahaman, toleransi dan semangat kerjasama yang tinggi di antara kaum.

    Pada tahun 1954, UMNO, MCA dan MIC telah mengikat persatuan dan kesatuan untuk menubuhkan Perikatan dan sekaligus menjayakan kontrak sosial antara tiga kaum yang terbesar di negara ini dan secara langsung ia mempunyai kaitan dengan Perlembagaan Malaysia.

    Kontrak sosial sangat berkait rapat dengan Perlembagaan Malaysia kerana ia menjamin ketuanan Melayu dalam sistem politik keseluruhannya.

    ReplyDelete
  8. KUMPULAN 6
    1) Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebauah kerajaan. Perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah Negara dan politik. Perlembagaan menjadi dokumen rasmi yang terkandung segala peratururan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan yang mentadbir Negara.

    2) Perlembagaan Malaysia digubal berdasarkan dan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956. Perlembagaat ini telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk mengamalkan system ini.

    3) Kepentingan perlembagaan persekutuan

    1)Menjamin kestabilan politik yang cekap dan berkesan.
    Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa, antara badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.

    2)Menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
    Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap. Kebebasan agama, dan pemilikan harta.

    3)Perlembagaan menentukan tanggujawab rakyat dan batasan dan larangan seperti hak istimewa org Melayu dan bumi putera,sabah Sarawak tidak boleh dipersoalkan.

    4) Perlembagaan berada di puncak pemerintahan kerana ia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang yang diluluskan berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.

    5) Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu keranaa kesanggupan dan kesedian orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara. Sebagai timbale balik di atas kesediaan yang disifatkan sebagai orang Melayu itu perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa orang Melayu.

    6) Orang bukan Melayu memperoleh kewarganegaraan melalui kuasa undang-undang, pendaftaran isteri dan anak sebagai warganegara, pendaftaftaran orang yang dilahirkan sebelum hari merdeka, pendaftaran orang yang bermastautin di Sabah dan Sarawak pada hari Malaysia, melalui penganaturalisasian.

    7) Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan Negara dalam perlembagaan dan merupakan penggantian beri memberi melalui perkara 14 hingga 18 yang berkenaan dengan pemberiaan kewarnegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu. Dan perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Dalam konteks biasa yang berhubungan dengan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan termasuk oleh ahli-ahli politik dalam kerajaaan campuran barisan nasiaonal yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang orang Melayu terhadap kewarganegraan yang diberikan telah merenggangkan hubungan golongan orang-orang bukan Melayu daripada Negara mereka.

    4)Memudahkan perpaduan nasioanal dan pembangunan Negara.

    ReplyDelete