Lagu Tema

Selamat Datang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya akan mengajar kamu untuk subjek UHS1152 Hubungan Etnik SPACE untuk Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur (sec 21) dan Kuching (sec 01).

Semoga kita dapat bekerjasama!

wssalam.

Nasir.Masroom
0137885504
m.nasir@utm.my

Refleksi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebagai sebahagian daripada proses penambahbaikan (improvement) terhadap pengajaran dan penyampaian, saya mempersilakan anda semua untuk memberikan sebarang komen/cadangan di sini.

Sekian.

5 comments:

  1. Kebaikan

    1) Tiada jawapan yang salah
    Bermakna pelajar bebas untuk memberi apa-apa jawapan, pendapat dan buah fikiran yang berkaitan untuk dijadikan perbincangan dan kupasan bersama.

    2) Kerja dalam berkumpulan
    Mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah antara pelajar tanpa mengira batas perkauman serta dapat bertukar pendapat dan pandangan. Pada masa yang berusaha untuk mendapat markah yang baik untuk kejayaan bersama.

    3) Menanam sifat saling menghormati
    Latar belakang pelajar yang berlainan kaum, agama, kepercayaan, adat dan tempat memberi pandangan dan persepsi yang berbeza akan sesuatu perkara. Sekaligus menanam sifat saling menghormati akan perspektif mereka yang juga perkara baru untuk diketahui dan dipelajari bersama.

    Keburukan

    Tiada keburukan dalam mempelajari UHS1152 melainkan;
    1) Kita lupa akan kepentingan UHS1152.
    UHS1152 mengajar kepentingan mengetahui sejarah dan asal usul seterusnya kepentingan perpaduan yang merupakan tunjang kekuatan dan kejayaan sesebuah Negara.

    2) Kita alpa akan keutamaan UHS1152.
    UHS1152 memberi keutamaan bahawa perpaduan adalah misi nasional dan kepentingan sebuah Negara. Maka semua pihak harus menghormati hak-hak masing-masing pada masa yang sama menjamin kepentingan yang lain untuk memastikan keharmonian dan keamanan Negara terus terpelihara.

    3) Kita tidak mengambil pengajaran UHS1152.
    UHS1152 harus dijadikan asas kekuatan dalam memahami semua golongan masyarakat Negara yang majmuk ini. Sejarah seharusnya dijadikan pengajaran sebagai panduan agar kita sedar dan insaf akan pengorbanan tokoh-tokoh yang terdahulu demi mendapatkan Negara yang merdeka dan berdaulat.

    Kesimpulannya, kita tidak dapat mengubah sejarah kerana peristiwa tersebut telah berlaku. Tetapi kita dapat mempelajarinya agar kita dapat mengelak dan menghindarkan peristiwa tersebut berlaku semula. Maka berwaspadalah daripada anasir-anasir luar dan terutamanya pengkhinat Negara yang menginginkan Negara menjadi huru-hara demi mencapai kepentingan mereka yang sempit.

    Terima kasih & sekalung budi
    Semoga kita berjumpa lagi

    SX111875AWF12

    ReplyDelete
  2. Kebaikan:

    1. Kesedaran tentang kepentingan muafakat di antara pelbagai kaum di kalangan pelajar bagi memupuk perpaduan di dalam kepelbagaian etnik di Malaysia

    2. Kerjasama dalam proses pembelajaran dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi pendapat dan idea secara tidak langsung mengaplikasi atau mempraktikan nilai- nilai murni yang terkandung di dalam sukatan pelajaran Hubungan Etnik.

    3. Memastikan pelajar dapat mengetahui secara lebih lanjut lagi berkenaan sejarah Malaysia dalam mencapai keamanan hingga ke hari ini khususnya akan dijadikan panduan semasa bergelar golongan profesional pada masa akan datang.

    Keburukan:

    Tiada keburukan dalam Kursus atau Subjek Hubungan Etnik.

    Jutaan Penghargaan di atas ilmu yang dikongsi
    bersama dan semoga dapat bertemu di masa akan datang.

    Terima Kasih

    SX095138AWD12

    ReplyDelete
  3. Kebaikan

    1. Penggunaan teknologi terkini untuk membuat kuiz dan menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada pelajar. Penyampaian pensyarah yang mudah difahami dan interaksi dengan pelajar sewaktu pengajaran amat membantu.

    2. Memberi kebebasan sebebas-bebasnya kepada pelajar untuk memberi komen dan buah fikiran. Ayat yang pailng 'best' bagi saya "anda bebas bercakap apa sahaja tetapi anda tidak bebas selepas bercakap".....

    3. Memupuk semangat kerjasama antara pelajar yang terdiri dari pelbagai pandangan politik kerana berjaya memahamkan kepada pelajar setiap apa yang berlaku apa hari ini mempunyai asas yang telah wujud semasa pembentukan Malaysia.

    Keburukan.......

    1. Sejarah yang dipelajari telah ditulis oleh pihak yang memegang kuasa, sepatutnya pandangan dari pihak yang tidak berjaya di ambilkira.


    SX112219GHF04

    ReplyDelete
  4. sejarah : suatu perkara yang telah berlaku.. ia tidak boleh diubah.. tetapi ia boleh diolah dan disembunyikan kebenarannya.. apa pun mmg enjoy belajar this subject. open.

    ReplyDelete
  5. Subjek Hubungan Etnik ini lebih kepada sejarah Perlembagaan Malaysia.Kalau dulu sewaktu sekolah menengah, subjek sejarah amat sukar untuk saya fahami kerana banyak fakta yang perlu diingati.Tetapi,implikasi daripada sejarah inilah wujudnya keharmonian di Malaysia.Sewaktu pengajaran subjek ini,pemahaman dan pendekatan terhadap sejarah kehidupan masa sebelum merdeka dan selepas merdeka memberi banyak makna dalam kehidupan kita pada masa kini.Apa pun ia memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya hidup bermasyarakat dalam pelbagai kelompok kaum.Perpaduan yang dicapai hari ini perlulah diteruskan untuk generasi yang akan datang.

    Saya suka subjek ini sebab ia memberi peluang kepada kita untuk menyuarakan pendapat disamping memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan untuk menjawab kertas kerja.Penerangan yang baik dari pensyarah juga memberi kesan kepada pelajar untuk memahami intipati yang disampaikan.Apa pun , yang tidak dapat saya lupakan ialah 'tiada jawapan yang salah kecuali final exam' itulah yang sering kali diucapkan oleh pensyarah yang membuatkan saya lebih yakin dengan diri sendiri membuka minda lebih luas dalam mempelajari subjek hubungan etnik ini..

    ReplyDelete