Lagu Tema

Selamat Datang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya akan mengajar kamu untuk subjek UHS1152 Hubungan Etnik SPACE untuk Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur (sec 21) dan Kuching (sec 01).

Semoga kita dapat bekerjasama!

wssalam.

Nasir.Masroom
0137885504
m.nasir@utm.my

Kuiz 1 @KCH (10 markah)

"copy and paste" jawapan markah anda di sini.

13 comments:

  1. KUIZ KUMPULAN
    SUBJEK: UHS1152 (HUBUNGAN ETNIK)


    Nama Kumpulan: “Dynamic”

    Ahli-Ahli Kumpulan:
    Mohd Haniff Bin Mohd Arshad (SX111860AWF12)
    Marshall Anak Minggu (SX095138AWF12)
    Suhana Binti Hussain (SX111874AWF12)
    Roger Anak Geoffrey K. (SX111866AWF12)



    1. Apakah pengertian Perlembagaan? (1 markah)
    - Perlembagaan merupakan undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaiman sesebuah Negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan Negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.
    - Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.

    2. Nyatakan bagaimana Perlembagaan Persekutuan digubal? (1 markah)
    - Perlembagaan Malaysia adalah hasil daripada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah digubal oleh sebuah suruhanjaya yang dinamakan ‘Suruhanjaya Reid’. Sebelum penggubalan perlembagaan persekutuan digubal, pihak kementerian yang terdiri daripada menteri akan menyediakan draf undang-undang. Draf undang-undang tersebut akan diteliti semula dan ditulis dalam bentuk perundangan oleh Jabatan Peguam Negara. Seterusnya, rang undang-undang tersebut akan dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri. Draf undang-undang akan diluluskan oleh Yang Dipertuan Agong sebelum dibawa ke peringkat Parlimen. Setelah diluluskan, menteri yang berkenaan akan membentangkan rang undang-undang tersebut. Ahli-Ahli Parlimen akan membahaskan rang undang-undang tersebut dan pengundian dijalankan. Ahli jawatankuasa akan meneliti secara terperinci dan dibahaskan sekali lagi, undian semula diadakan dan dipersembahkan untuk diperkenankan kepada Yang Dipertuan Agong.

    3. Sejauh manakah kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah Negara? (1 Markah)
    - Kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah Negara dapat dilihat daripada:
    o Politik
     Sistem politik secara demokrasi berparlimen yang membolehkan rakyat memilih kerajaan yang dapat memerintah secara adil. Untuk memastikan sistem politik yang stabil dan aman.
    o Sosial
     Warganegara mempunyai hak dan kebebasan secara terjamin.
    o Ekonomi
     Memastikan kestabilan ekonomi yang stabil dan memberi faedah kepada warganegara dan dapat menikmati faedah daripada peruntukan yang telah dipersetujui.

    4. Kenapa Perlembagaan Persekutuan berada di kemuncak Sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia? (1 markah)
    - Perlembagaan Persekutuan berada di kemuncak sistem pemerintahan kerajaan Malaysia kerana perlembagaan tersebut mengandungi peraturan asas dan undang-undang yang utama dalam pemerintahan Negara. Ia juga sebuah demokrasi yang mengandungi formula dan dasar tentang kuasa-kuasa awam dalam Negara.

    5. Mengapakah orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal Negara ini? (1 markah)
    - Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal kerana orang Melayu merupakan orang pertama atau peribumi yang terlibat dalam pembentukan tamadun di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Alam Melayu atau Nusantara.

    6. Bagaimanakah kewarganegaraan diberikan kepada orang Cina dan India selepas 31 Ogos 1957? (2 markah)
    - Kewarganegaraan diberikan kepada orang Cina dan India selepas 31 Ogos 1957 menerusi prinsip “Jus Soli”. Mereka dapat memperolehi hak kerakyatan yang mana dapat menguntungkan golongan imigrasi / golongan dagang.

    7. Apakah kaitan Kontrak Sosial dengan Perlembagaan Malaysia? (3 markah)
    - Kontrak Sosial merupakan persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India. Ia juga merupakan perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan Negara di dalam perlembagaan. Asas kepada Perlembagaan Malaysia

    ReplyDelete
  2. 1. Apakah pengertian Perlembagaan ?
    Definisi perlembagaan ialah Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah Negara .Ia berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.


    2. Nyatakan bagaimana perlembagaan Persekutuan digubal?
    Perlembagaan Persekutuan digubal disebabkan oleh perjuangan kebangsaan yang bangkit di kalangan orang Melayu dan penubuhan kesatuan melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dan lain-lain bagi menentang penjajah. Media masa juga memainkan peranan penyebaran semangat perjuangan dan kemunculan tokoh-tokoh Melayu menyedarkan orang Melayu bangun menuntut kemerdekaan.

    3. Sejauh manakah kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah Negara?
    Kepentingan Perlembagaan ialah ia merupakan satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah Negara dibahagiakan dan digunakan. Ia berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Ia juga termasuk :
    a. Mewujudkan suatu bentuk pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang adil, saksama dan berkesan.
    b. Mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh badan-badan yang mentadbir dan memerintah Negara.
    c. Mewujudkan sebuah kerajaan yang beribawa dan berintegiriti yang menegakkan kepentingan kuasa rakyat dalam sistem demokrasi
    d. Mengawal dan memantrau pentadbiran sesebuah kerajaan yang selaras dengan prinsip dan semangat perlembagaan
    e. Menjelaskan hak, peranan dan tanggungjawab rajyat sebagai warganegara yang menentukan kelangsungan sesebuah Negara bangsa.
    f. Menjamin perkembangan dan kesinambungan sesebuah Negara bangsa dimana rakyatnya mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara.
    g. Menjamin keamanan, keharmonian, kestabilan dan kemakmuran sesebuah Negara bangsa.


    4. Kenapa Perlembagaan Persekutuan berada di kemuncak sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia?
    Perlembagaan Persekutuan berada di kemuncak sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia kerana Perlembagaan Persekutuan mengandungi peraturan asas dan Undang-undang bagi sesebuah Negara dan juga manifestasi sistem politik dan pentadbiran kerajaan.




    5. Mengapakah orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal Negara ini?
    Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal kerana menurut teori yang popular iaitu tentang proses kedatangan dan pembentukan awal masyarakat Melayu di Tanah Melayu menjelaskan bagaimana pada tahun sebelum masihi orang Melayu daripada selatan benua Asia berhijrah beramai-ramai ke Semenanjung dan Kepulauan Borneo. Kedatangan mereka ini telah menyebabkan penduduk peribumi ( orang asli) ketika itu berpindah ke kawasan pedalaman. Orang Melayu inilah yang telah mendiami kawasan pantai dan kuala sungai. Mereka menjadi penmghuni tertua selepas peribumi di Tanah Melayu.

    6. Bagaimanakah kewarganegaraan diberikan kepada orang Cina dan India selepas 31 Ogos 1957?
    Kewarganegaraan diberikan kepada orang Cina dan India selepas 31Ogos 1957: Perkara 14 (a)Kuatkuasa undang-undang, Perkara15(b) Pendaftaran, Perkara 19 Kemasukan ( naturalisasi/perwarganegaraan) dan Perkara 22 Pencantuman wilayah.


    7. Apakah kaitan Kontrak Sosial dengan Perlembagaan Malaysia?
    Kontrak Sosial adalah persetujuan dan pandangan semua rakyat kepada perlembagaan Malaysia . Melalui Kontrak Sosial ini, semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan Negara iaitu :
    a) Orang Melayu diperuntukan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan keistimewaan orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu.
    b) Orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan jus soli

    ReplyDelete
  3. Soalan 1 - Soalan 5

    Soalan 1. Apakah pengertian perlembagaan?
    Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan atau satu set peraturan tentang hak, kuasa kuasa dan prosedur serta tanggunbjawab pihak yang diamanahkan dan panduan untuk menguruskan hubungan antara autoriti di dalam negara dan autoriti dengan rakyat . Ianya menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya dan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.

    Soalan 2. Nyatakan bagaimanana Perlembagaan Persekuuan digubal.
    Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.
    Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti.
    Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
    Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.
    Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia.

    Soalan 3. Sejauh mana kepentingan perlembagaan kepada sesebuah Negara.
    Perlembagaan penting bagi sesebuah Negara kerana ;
    - Menjamin kestabilan piltik dan system penttadbiran yang cekap dan berkesan.
    - Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat di manan ia menentukan hhak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara, beragama dan memiliki harta.
    - Menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan seperti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabahdsan Sarawak tidak dipersoalkan.


    Soalan 4. Kenapa Perlembagaan Persekutiuan berada di kemuncak system pemerintahan Kerajaan Malaysia.
    Perlembagaan berada di kemuncak system pemerintahan Negara kerana sistem pemerintahan kerajaan Malaysia telah mengembalikan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan orang Mellayu dan Agama Islam dengan memulihkan kedudukan dan fungsi Raja – Raja Melayu. Ini dapat mengekalkan hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu.

    Soalan 5. Mengapakah orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal Negara ini?
    Orang Melayu diiktiraf sebagai sebagai penduduk asal berdasarkan factor – factor berikut:
    - Mereka telah menduduki Semenanjung Tanah Melayu kira-kira 6,000 tahun yang lalu.
    - Kewujudan kesulatan Melayu seperti Kedah Tua, Gangga Negara dan Melaka membuktikan bahawa orang Melayu memang telah memiliki Tanah Melayu.
    - Pedagang Arab apada abad ke 8 telah mengenali Bangsa Melayu menduduki Tanah Melayu dan Bangsa Melayu dikenali sebagai Bangsa JAwi

    ReplyDelete
  4. 1. PERLEMBAGAAN ADALAH UNDANG-UNDANG UTAMA YANG DIGUNAKAN OLEH SESEBUAH NEGARA YANG MERANGKUMI KESELURUHAN SISTEM KERAJAAN @ BADAN PEMERINTAH SESEBUAH NEGARA. PERLEMBAGAAN ADALAH HIMPUNAN KAEDAH-KAEDAH YANG MENUBUH, MENGAWAL DAN MENGUASAI BADAN-BADAN @ ORGAN KERAJAAN NEGARA TERSEBUT.
    2. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DIGUBAL BERDASARKAN 131 MEMORANDUM YANG DISERAHKAN OLEH PARTI POLITIK DAN PERTUBUHAN TANAH MELAYU. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MERUPAKAN SUMBER SEGALA PERUNDANGAN LAIN YANG WUJUD DALAM NEGARA. IANYA DIKUATKUASAKAN PADA 31 OGOS 1957 YANG DIGUBAL OLEH SURUHANJAYA REID YANG DIKETUAI OLEH LORD REID, SIR IVOR JENNING (BRITIAN), SIR WILLIAM MCKELL (AUSTRALIA), B MALIK (INDIA) DAN HAKIM A. HAMID (PAKISTAN). PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DIKANUNKAN TETAPI BOLEH DIPINDA DAN IANYA MEMPERAKUKAN SEMUA UNDANG-UNDANG YANG DIGUBAL DI PERSEKUTUAN SEBELUM HARI MERDEKA DAN JUGA SEMUA UNDANG-UNDANG YANG WUJUD DI SABAH DAN SARAWAK SEBELUM HARI MALAYSIA.
    3. PERLEMBAGAAN DIWUJUDKAN KERANA MEMPUNYAI PERANAN YANG PENTING DALAM MENENTUKAN BENTUK PEMERINTAHAN, MENENTUKAN HAD-HAD KUASA PEMERINTAH, MENJAGA DAN MENDOKONG HAK ASASI SERTA MEMBAHAGIKAN KUASA ANTARA EKLUSIF, LEGISLATIF DAN KEHAKIMAN DAN SEBAGAI PUSAT RUJUKAN TERTINGGI BAGI MAHKAMAH DAN UNDANG-UNDANG YANG SUDAH DIGUBAL MAHUPUN BAKAL DIGUBAL TIDAK BOLEH BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN DAN SEKIRANYA BERCANGGAH, MAKA UNDANG-UNDANG TERSEBUT AKAN TERBATAL DENGAN SENDIRINYA.
    4. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MERUPAKAN DOKUMEN YANG PENTING YANG MELIPUTI PRINSIP-PRINSIP SERTA PERATURAN SEBAGAI ASAS PANDUAN DAN MENCORAKKAN PENTADBIRAN NEGARA. IANYA MENJADI TERAS SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI NEGARA MALAYSIA DAN DIGUNAPAKAI SUPAYA DAPAT MENGELAKKAN WUJUDNYA SEBARANG BENTUK PERMUAFAKATAN DI ANTARA BADAN PEMERINTAH DENGAN BADAN-BADAN LAIN KERANA PEELEMBAGAAN PERSEKUTUAN DIPERUNTUKKAN UNTUK MENGASINGKAN TIGA KOMPONEN UTAMA IAITU BADAN PERUNDANGAN, BADAN EKSEKUTIF DAN BAHAN KEHAKIMAN.
    5. DARI SEGI SEJARAH PENGIKTIRAFAN PERIBUMI DIBERIKAN KEPADA ORANG MELAYU KERANA ORANG MELAYU ADALAH YANG TERAWAL BIARPUN ADA ORANG ASLI. INI KERANA MEREKA TIDAK MEWUJUDKAN KETAMADUNAN.
    6.SELEPAS 31 OGOS 1957 – HAK KEWARGANEGARAAN DIBERI KEPADA ORANG CINA DAN INDIA BERDASARKAN KEPADA ‘KONTRAK SOSIAL’ DI MANA TERDAPAT 4 SYARAT YANG PERLU DIPERSETUJUI OLEH ORANG CINA DAN INDIA IAITU:
    i. HEK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
    ii. AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI
    iii. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI
    iv. KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU
    7. KONTRAK SOSIAL TELAH MEMBAWA SEMUA KAUM DI MALAYSIA AGAR MENGHORMATI SETIAP PERKARA DAN HAK YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PERLEMBAGAAN. CIRI-CIRI YANG ADA PADA KONTRAK SOSIAL YANG TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA ADALAH ASAS KEPADA KESEJAHTERAAN PERPADUAN BANGSA. SELAIN SELAIN MELICINKAN URUSAN PENTADBIRAN NEGARA, TERNYATA KONTRAK SOSIAL JUGA BERPERANAN DALAM MENGHINDARKAN KEMUNGKINAN TERCETUS PERPECAHAN DALAM KEHARMONIAN KAUM. PERLEMBAGAAN MALAYSIA BUKAN SAHAJA DOKUMEN PERUNDANGAN, TETAPI IA MERUPAKAN SATU BENTUK KONTRAK SOSIAL DAN PERJANJIAN PERDAMAIAN. SEBAHAGIAN CIRI-CIRI UTAMA YANG WUJUD DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA ADALAH UNSUR KONTRAK SOSIAL YANG DIPERSETUJUI OLEH SEMUA PIHAK.

    ReplyDelete
  5. 1.Apakah pengertian perlembagaan?
    Suatu prosedur berkenaan hak kuasa dan manual serta tanggungjawab mereka yang berkuasa mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.
    Suatu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.

    2. Nyatakan bagaimana perlembagaan persekutuan digubal?
    - Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan diguna pakai selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
    -Perlembagaan Persekutuan digubal pada 16 september 1965 yang dinamakan perlembagaan malaysia.pemisahan singapura pada 9 ogos 1965 kerana lee kuan yew mempertikaikan perlembagaan negara yang dipersetujui pada tahun 1957.
    - Perkara-perkara penting dikekalkan dan ditambah dengan memasukkan peruntukan berkaitan dengan kepentingan sabah dan sarawak.

    3. Sejauh manakah kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara?
    Perlembagaan dibentuk didalam sesebuah negara ada untuk menyediakan satu pegangan yang menjadi panduan untuk membentuk pentadbiran sesebuah negara. Ia menjadi lambang ketinggian pembentukkan sesebuah negara bagi memupuk dan membina semangat kenegaraan di dalam jiwa setiap rakyat.
    4. Kenapa perlembagaan persekutuan berada di kemuncak Sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia?
    Perlembagaan persekutuan berada di kemuncak Sistem Pemerintahan Kerajaan adalah sebagai rujukan tertinggi yang harus diikut dan segala keputusan dan sandaran yang berlawanan dengan peraturan yang termaktub di dalamnya adalah terbatal.
    Ini bertujuan untuk menjamin hak-hak mereka yang berhak iaitu Melayu dan penduduk bumiputra sebagai penduduk asal dan perlu dipelihara hak-hak mereka serta hak orang bukan Melayu yang juga tertaluk di dalamnya.
    Pada masa yang sama, ianya untuk menghindarkan orang untuk berbuat sesuka hati dan melanggar peraturan yang telah dipersetujui bersama selama ini.

    5. Mengapakah orang melayu diiktiraf sebagi penduduk asal negara ini?
    Orang melayu telah menganggap diri mereka merupakan penduduk pribumi di semenanjuang Malaysia dan begitu juga anggapan orang bukan melayu terhadap mereka.

    6. Bagaimanakah kewarganegaraan diberikan kepada orang cina dan india selepas 1 ogos 1957?
    Kewarganegaraan orang cina dan india diberikan hasil daripada pengenalan prinsip “jus soli” oleh pihak kerajaan british dengan pemberian hak sama rata kepada semua golongan yang lahir ditanah melayu dan tinggal lebih dari 10 tahun.

    7. Apakah kaitan Kontrak Sosial dengan Perlembagaan Malaysia?
    Kontrak Sosial diwujudkan pada tahun 1948 sebagai bantahan terhadap perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Kesatuan Malaya (Malayan Union) pada tahun 1946. Di mana ianya adalah satu persetujuan yang dicapai di antara kaum Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris.

    Kontrak Sosial menekan hak penduduk bumiputra, iaitu kaum Melayu dari segi aspek agama Islam, Raja-raja Melayu, keistimewaan Melayu dan Bahasa Melayu. Pada masa yang sama, hak bagi kewarganegaraan penduduk bukan bumiputra yang berlandaskan prinsip jus soli.

    Tujuan diwujudkan Kontrak Sosial ini adalah untuk memelihara kepentingan serta jaminan kaum Melayu (ketuanan Melayu) dalam politik Negara. Selain itu, keduduak penduduk bukan bumiputra turut diambil kira. Secara ringkasnya, ianya adalah suatu proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu bagi mendapatkan kemerdekaan dari Inglish.

    Maka, Kontrak Sosial adalah tulang belakang dan asas kepada Perlembagaan Malaysia kerana tanpa sikap toleransi dan keterbukaan serta tolak ansur di antara Melayu dan bukan Melayu yang mewujudkan kerjasama ini adalah mustahil kemerdekaan dicapai.

    ReplyDelete
  6. Soalan 6 dan 7

    Soalan 6. Bagaimanakah kewarganegaraan diberikan kepada orang Cina dan India Selepas 131 Ogos 1957.
    Terdapat 4 cara untuk orang Cina dan India menjadi wargarnegara Malaysia.
    i. Kewarganegaraan melalui Kuatkuasa Undang-undang (Perkara 14)
    • Orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963)
    • Seseorang yang lahir di dalam Malaysia dengan salah seorang ibu atau bapanya pada ketika dia dilahirkan adalah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia.
    • Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia dan bapanya pada ketika kelahirannya adalah seorang warganegara yang lahir di Malaysia.
    ii. Kewarganegaraan melalui Pendaftaran (Perkara 15)
    Seorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan yang mana perkahwinannya telah didaftarkan sebagai warganegara sekiranya:-
    • dia masih bersuami dan suaminya adalah warganegara
    • Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa dia telah bermastautin di dalam Persekutuan selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan dan berniat untuk bermastautin tetap dan dia berkelakuan baik.
    Seseorang yang di bawah umur 21 tahun boleh didaftarkan sebagai warganegara sekiranya sekurang-kurangnya ibu atau bapanya adalah seorang warganegara. Kerajaan Persekutuan juga boleh mendaftarkan seseorang di bawah umur 21 tahun dalam keadaan khas yang difikirkan sesuai.

    iii. Kewarganegaraan melalui Naturalisasi/Kemasukan (Perkara 19)
    Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa keadaan khas yang difikirkan sesuai ataupun atas permohonan seseorang yang berumur 21 tahun atau lebih dan bukan warganegara, memberikan perakuan naturalisasi sekiranya;
    • orang itu telah bermastautin di dalam Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki dan berniat berbuat demikian secara tetap.
    • berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu
    iv. Kewarganegaraan melalui Penggabungan Wilayah (Perkara 22)
    • Sekiranya terdapat wilayah baru yang diterima masuk ke dalam Malaysia selepas hari Malaysia. Parlimen boleh menetapkan individu di dalam wilayah tersebut adalah warganegara.

    Soalan 7. Apakah kaitan kontrak sosial denngan Pelrlembagaan Mllaysia


    Menurut bahasa, kontrak sosial
    boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengansyarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksuddokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang ygberkaitan dgn kontrak.
    Sosial
    pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgnmasyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosialapabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian ataupermuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan)yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangankontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya diMalaysia.Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah
    permuafakatan antarakaum
    yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyatdan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraiankontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang merekawakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalamPerlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosialsememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulahyang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuknegara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukansahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usahauntuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.

    ReplyDelete
  7. Na ma Ahli Kumpulan:
    Sharifah Nooraznah bt Wan Ahmad Hussien
    Siti Maria bt Brahim
    Wan Sulria Bin Wan Zaidi
    Khairulnizam Bin Sidi

    1) Apakah pengertian Pelembagaan ?
    Pelembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara.
    2) Nyatakan bagaimana perlembagaan Persekutuan digubal?
    Ia digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956.
    3) Sejauh manakah kepentingan perlembagaan kepada sesebuah Negara?
    Kepentingan perlembagaan adalah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan Negara yang adil dan mampu untuk memenuhi kehendak dan tuntutan rakyat. Perlembagaan ini membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugas tanpa berlaku penyalah guna kuasa.
    4) Kenapa Perlembagaan Persekutuaan berada di kemuncak sistem pemerintahan Kerajaan Malaysia?
    Perlembagan Persekutuan berada di kemuncak kerana ia adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak semua undang-undang samada yang sediada atau yang bakal digubal.
    5) Mengapakah orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal Negara ini?
    Orang Melayu merupakan “orang asal”Malaysia iaitu hanya orang melayu yang mendiami tanah Melayu dan dibawah pemerintahan raja-raja Melayu.
    6) Bagaimanakah kewarganegaraan diberikan kepada orang cina dan India selepas 31 Ogos 1957?
    Kewarganegaraan diberikan kepada orang Cina dan India bahawa seseorang yang lahir antara hari merdeka dengan oktober 1962 akan terus menjadi warganegara tanpa mengambil kira kewarganegara ibubapanya. Ia bergantung kepada beberapa syarat dan ia boleh tidak diterima sepenuhnya dan hanya boleh diterima bergantung kepada status kewarganegaraan Ibubapa ketika seseorang dilahirkan,iaitu diiringi oleh undang-undang keterunan darah (Jus sanguinis)
    7) Apakah kaitan kontrak social dengan Perlembagaan Malaysia?
    Kontrak Sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan Negara dalam perlembagaan yang merupakan penggantian melalui perkara 14 hingga 18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu dan perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Kontrak social bukan istilah yang wujud dalam perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat perlembagaan dengan adanya kontrak social ketika proses kemerdekaan usaha telah dapat dilakukan untuk menggubal perlembagaan. Contoh kontrak social dalam perlembagaan Persekutuan termasuklah mengenai agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta kedudukan istimewa orang Melayu dan juga kedudukan raja-raja Melayu.

    ReplyDelete
  8. Soalan 1.
    Pengertian Pelembagaan adalah satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan diantara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dan rakyat awam.

    Soalan 2
    1. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956.

    2. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti.

    3. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara.

    4. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

    5. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

    6. Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

    7. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

    8. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia.




    Soalan 3
    Perlembagaan amat penting kepada sesebuah Negara kerana:

    i. Ianya merupakan Undang-undang tertinggi dalam sesebuah Negara untuk menjamin kestabilan Politik dan Pentadbiran Negara.
    ii. Perlembagaan dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dengan menentukan hak asasi terjaga.
    iii. Perlembagaan dapat menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak tidak dipersoalkan.
    iv. Perlembagaan juga penting untuk memajukan dan menyatupadukan rakyat.

    Soalan 4
    i. Perlembagaan Persekutuan adalah Undang-undang tertinggi di Malaysia, yang menjadi punca kepada semua undang-undang samada yang sudah digubal mahupun yang bakal digubal. Semua undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Sekiranya wujud percanggahan, maka ianya akan terbatal dengan sendirinya.
    ii. Badan eksekutif, legislative dan kehakiman,malah yang Di-Pertuan Agong juga memperolehi kuasa daripada Perlembagaan. Dengen kata lain, kesemua badan tersebut tertakluk kepada undang-undang.
    Soalan 5.
    i. Sejarah telah menyimpan ikatan persetujuan kaum pendatang Cina dan India, diterima sebagai warganegara dengan memberikan mereka hak kerakyatan. Ianya adalah pengorbanan terbesar orang Melayu sebagai penduduk asal Negara.
    ii. Sebagai balasannya, orang melayu telah diberi hak keistimewaan sebagai Bumiputera dan diiktiraf sebagai penduduk asal Negara Malaysia.
    Soalan 6
    i. Selepas 1 Ogos 1957, orang bukan melayu diberikan kerakyatan dan kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip ‘Jus-Soli’.
    ii. Selain itu, orang bukan melayu tidak diwajibkan untuk mengetahui bahasa Melayu untuk mendapat kerakyatan seperti sebelum ini.
    Soalan 7
    i. Islam sebagai agamapersekutuan (perkara 3Pelembagaan)
    ii. Keistimewaan melayu (perkara 153 berkait dengan kedudukan istimewa melayudan bumiputera Sabah & Sarawak)
    iii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti dalam Perkara 152 dalam Perlembagaan

    ReplyDelete
  9. Kuiz 1 : Hubungan Etnik – Perlembagaan



    Jawapan :

    Soalan 1
    Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan.

    Soalan 2
    Penggubalan Perlembagaan boleh dilakukan sekiranya mendapat sokongan dua per tiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta mendapat perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong atau Raja-raja

    Soalan 3
    Ianya sebagai panduan bagi dalam melaksanakan pemerintahan disamping menjamin hak dan kepentingan rakyat dan Negara bagi mentadbir Negara secara adil dan saksama

    Soalan 4
    Perlembagaan Persekutuan merupakan suatu dokumen penting sebagai asas panduan dalam mencorakkan pentadbiran Negara kerana ianya mengandungi pelbagai peruntukan seerti kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri, kuasa ditangan Parlimen, Yang Dipertuan Agong, Dewan Rakyat, Dewan Negeri, Jemaah Menteri, Badan Kehakiman serta beberapa peruntukan lain berkaitan dengan kewarganegaraan, agama dan sebagainya

    Soalan 5
    Orang Melayu merupakan masyarakat peribumi yang menduduki Tanah Melayu sebelum berlakunya era penjajahan

    Soalan 6
    Bagi setiap orang yang lahir selepas 31 Ogos 1957, kewarganegaraan diberikan secara pirnsip Jus Soli dimana kerakyatan diberikan secara automatic kepada orang Cina dan India

    Soalan 7
    Initipati utama didalam kontrak social adalah berkaitan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dan agama Islam sebagai tunjang kepada pemerintahan di Malaysia. Antara perkara yang termaktub didalam kontrak social adalah :
    i. Kedudukan Raja-Raja Melayu dalam system pemerintahan
    ii. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
    iii. Kedudukan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa kebangsaan
    iv. Hak istimewa orang Melayu diperuntukkan didalam perlembagaan
    v. Kerakyatan kepada semua penduduk Tanah Melayu yang meletakkan kesetiaan kepada Negara
    Perkara-perkara yang terdapat didalam kontrak social juga terdapat didalam Perlembagaan Malaysia bagi menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu selaku penduduk asal di Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  10. Na ma Ahli Kumpulan:
    Sharifah Nooraznah bt Wan Ahmad Hussien
    Siti Maria bt Brahim
    Wan Sulria Bin Wan Zaidi
    Khairulnizam Bin Sidi

    1) Apakah pengertian Pelembagaan ?
    Pelembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara.
    2) Nyatakan bagaimana perlembagaan Persekutuan digubal?
    Ia digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956.
    3) Sejauh manakah kepentingan perlembagaan kepada sesebuah Negara?
    Kepentingan perlembagaan adalah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan Negara yang adil dan mampu untuk memenuhi kehendak dan tuntutan rakyat. Perlembagaan ini membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugas tanpa berlaku penyalah guna kuasa.
    4) Kenapa Perlembagaan Persekutuaan berada di kemuncak sistem pemerintahan Kerajaan Malaysia?
    Perlembagan Persekutuan berada di kemuncak kerana ia adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak semua undang-undang samada yang sediada atau yang bakal digubal.
    5) Mengapakah orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal Negara ini?
    Orang Melayu merupakan “orang asal”Malaysia iaitu hanya orang melayu yang mendiami tanah Melayu dan dibawah pemerintahan raja-raja Melayu.
    6) Bagaimanakah kewarganegaraan diberikan kepada orang cina dan India selepas 31 Ogos 1957?
    Kewarganegaraan diberikan kepada orang Cina dan India bahawa seseorang yang lahir antara hari merdeka dengan oktober 1962 akan terus menjadi warganegara tanpa mengambil kira kewarganegara ibubapanya. Ia bergantung kepada beberapa syarat dan ia boleh tidak diterima sepenuhnya dan hanya boleh diterima bergantung kepada status kewarganegaraan Ibubapa ketika seseorang dilahirkan,iaitu diiringi oleh undang-undang keterunan darah (Jus sanguinis)
    7) Apakah kaitan kontrak social dengan Perlembagaan Malaysia?
    Kontrak Sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan Negara dalam perlembagaan yang merupakan penggantian melalui perkara 14 hingga 18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu dan perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Kontrak social bukan istilah yang wujud dalam perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat perlembagaan dengan adanya kontrak social ketika proses kemerdekaan usaha telah dapat dilakukan untuk menggubal perlembagaan. Contoh kontrak social dalam perlembagaan Persekutuan termasuklah mengenai agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta kedudukan istimewa orang Melayu dan juga kedudukan raja-raja Melayu.

    ReplyDelete
  11. smabungan no. 7

    Pengajaran utama yang harusdipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 keranamencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam PerlembagaanMalaysia.Di antara kontrak sosial yang disebut dalam perlembagaan adalah
    bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan, agama islam adalah sebagai agamapersekutuan, hak keistimewa orang Melayu, kedaulatan raja-raja dan sultanMelayu serta taraf kerakyatan melalui prinsip ‘jus soli’.
    Inilah hasil tolak ansur setiap kaum dengan persetujuan yang luhur dan murni dan pertimbangan yang rumitterhadap pelbagai kepentingan yang bertentangan dan kita sebagai rakyat Malaysia

    patut menghargai dan menghayati perjuangan pemimpin terdahulu dalammembentuk perlembagaan persekutuan tananah melayu.Sebagai sebuah negara yang mempunyai komposisi penduduk yangberbilang kaum, kontrak sosial mempunyai kepentingan dalam menjamin kestabilannegara ini dari pelbagai aspek. Berikut ialah
    kepentingan kontrak sosial
    terhadapsesebuah negara yang bersifat majmuk seperti Malaysia:i)untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik
    ii)
    dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untukmenerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adiliii)dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyativ)dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara sepertikebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama
    v)
    dapat menetukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuranrakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.
    vi)
    Dapat memupuk unsur taat setia kepada negara
    vii)
    Dapat memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum, hak kebebasanasasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaandan pergaduhan antara kaum. Parlimen telah meluluskan pindaan AktaHasutan (1970) yang menghadkan kebebasan bercakap bagimengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
    viii)
    Supaya hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera sabah danSarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalampersekutuan tanah melayu dan pembentukan Malaysia.

    ReplyDelete
  12. Smabungan no. 7 lagi...

    ix)Untuk mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi prosespembentukan negara dan bangsa yang berstu dan berdaulatx)Untuk menjamin hak-hak istimewa orang melayu.Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysiadengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati haksebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakatbernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam PerlembagaanPersekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.


    penggunaan bahasa ibunda kaum lain; malah adalah dijamin oleh PerlembagaanMalaysia.Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalahkerana bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abadlamanya, lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutanberbanding bahasa lain.
    Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi
    bagi Kerajaan Persekutuantelah diterangkan dalam Perkara 3 Fasal 1. Mengikut Perkara 11 Fasal 4 pula,undang-undang negeri,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan bolehdikawal atau disekat perkembangan apa-apa atau kepercayaan agama antara orangyang menganuti agama Islam. Fungsi pihak kerajaan yang terdiri KerajaanPersekutuan dan Kerajaan nguruska adalah mempunyai autoriti bagi menubuhkansebarang penubuhan institusi berasaskan Islam serta mengeluarkan peruntukanbagi urusan penyelenggaraan institusi berkenaan. Walaupun demikian, satu fasalimbangan telah diperuntukkan di dalam perkara 3 yang menyebut mengenai hakpenganut agama lain dalam menganut agama mereka. Setiap penganut agamamempunyai hak bagi menguruskan hal ehwal agama sendiri, menubuh ataumenyelenggara institusi agama dan memperoleh harta benda serta membelanjakanharta tersebut mengikut undang-undang yang sedia ada.Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600 tahun lampaudan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu sehinggasekarang berbanding agama lain. Begitu juga, semasa penjajahan British,kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan mereka menyerahkan urusanagama Islam kepada Raja-Raja Melayu.Islam juga diterima sebagai agamaPersekutuan kerana sesuai dengan takrif "Melayu" seperti didefinisikan dalamPerkara 160 Perlembagaan Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Last sambungan no. 7

    Begitu juga pada zaman penjajah melaluiperjanjian damai dan persahabatan dengan Raja-Raja Melayu, walaupun merekaberjaya mendapatkan hak untuk memberi nasihat yang bersabit dengan pentadbirannegara, namun agama Islam dikecualikan.

    Di samping itu, perlembagaan juga
    mengiktiraf pemerintahan beraja yangtelah sedia ada
    sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan negara.Dalamsistem ini, raja mempunyai kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar negeriyang berfungsi sebagai badan penasihat.Impak penjajahan British ke atas negaraadalah pengurangan kuasa raja.Tambahan pula, raja juga perlu menerima nasihatResiden British dan hanya berkuasa dalam hal ehwal orang Melayu dan agamaIslam menyebabkan orang Melayu menentang British.Setelah negara mencapaikemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan sebagai raja berpelembagaan selarasdengan amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia.Raja boleh bertindak tetapi mempunyai lunas perlembagaan yang telahditetapkan.anan yang di-pertuan agong dalam menjaga hak istimewa sertakedudukan orang melayu dan bumiputera di Sarawak dan sabah. Hak istimewatersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahanpendidikan, serta pemberian lesen perniagaaan dan perdagangan. Walaubagaimana pun, perlembagaan juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakandengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum lain.Akhir sekali,
    kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah danSarawak
    pula disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalamperkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lainyang diberikan. Walau bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum¬kaum lain,iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hakmereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak bolehdilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yangdipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yangdinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yangdipegang olehnya.Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia hendaklah memahami sejarah negaradan mengambil iktibar daripadanya. Peristiwa 13 Mei 1969 hendaklah dijadikanpengajaran dengan menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub di dalamPerlembagaan Malaysia demi memastikan perpaduan antara kaum akan terus erat.

    ReplyDelete