Lagu Tema

Selamat Datang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya akan mengajar kamu untuk subjek UHS1152 Hubungan Etnik SPACE untuk Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur (sec 21) dan Kuching (sec 01).

Semoga kita dapat bekerjasama!

wssalam.

Nasir.Masroom
0137885504
m.nasir@utm.my

Kuiz 2 @KUL (10 markah)

       Berdasarkan tajuk-tajuk pada muka surat 89-91, jawab soalan berikut;
       Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, bincangkan bentuk Dasar Pendidikan Malaysia yang dapat memupuk perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia”

10 comments:

  1. Rancangan Penggubalan Dasar Pendidikan Malaysia.
    1. Subjek Hubungan Etnik wajib ditambah dalam kurikulum pelajaran sejak sekolah rendah.
    Dengan adanya subjek ini pada peringkat awal pendidikan, semangat perpaduan dapat dipupuk. Bak kata pepatah ‘Melentur buluh biar dari rebung’.


    2. Subjek sejarah perlu ditambah kepada kurikulum pendidikan sekolah rendah untuk menyemai semangat cintakan Negara dan nilai-nilai yang menghargai jasa-jasa pejuang Negara dalam memerdekakan Negara.

    3. Pendidikan yang berorientasikan peperiksaaan haruslah diubah supaya generasi-generasi muda tidak terkongkong. Sistem yang sepatutnya diserap kepada pelajar-pelajar adalah bagaimana untuk berfikir secara bebas dan yakin terhadap diri sendiri serta mengaplikasikan kurikulum sedia ada ke dalam kehidupan seharian demi merealisasikan Wawasan 2020.

    4. Matapelajaran sejarah diwajibkan lulus untuk semua pelajar agar kesemua pelajar tidak mengambil mudah terhadap subjek ini. Dengan ini, pelajar dapat mendalami dan memahami Sejarah Negara.

    5. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di semua sekolah termasuk SRJK (C) dan SRJK (T).Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diserap menjadi kurikulum di sekolah berkenaan. Langkah ini diharapkan dapat menghapuskan kelas peralihan agar semua pelajar aliran berkenaan dapat menghabiskan tempoh pembelajaran bersama dengan pelajar SRK.

    ReplyDelete
  2. KUMPULAN 6
    Berdasarkan tajuk-tajuk pada muka surat 89-91, sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, bincangkan satu bentuk dasar pendidikan Malaysia yang dapat memupuk perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia.

    Dasar Pendidikan Malaysia
    Memperkukuhkan unsur- unsur nasionalisme & Patriotisme
    - Mewajibkan matapelajaran Sejarah kepada semua pelajar sekolah sedari peringkat awal persekolahan iaitu di tahun 1 sehingga di peringkat menengah di tingkatan 5 ataupun tingkatan 6.
    - Di peringkat Universiti jua patut diterapkan supaya mahasiswa dan mahasisiwi lebih bersikap bertanggungjawab dalam apa jua tindakan dan sebarang kegiatan harian untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan di Negara kita Malaysia.
    - Ini akan membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih bersikap prihatan dan mendalami dan mengambil ikhtibar ke atas kejayaan para pejuang kita yang terdahulu yang berjuang demi negar kita sehingga kita dapat berdiri maju sehingga sekaraang tanpa sebarang gangguan mana-mana pihak asing dan bebas dalam menganuti agama dan budaya masing-masing tanpa halangan.
    - Perlu memahami setiap Rukun Negara untuk memahami apa yang dimaksudkan dan perlu di jadikan sebagai sub-subjek dalam matapelajaran sivik kenegaraan.
    - Semangat patriotisme perlu diterapkan/dijalankan dalam kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah.

    Mendaulatkan Bahasa Kebangsaan

    - Mewajibkan pelajar dari peringkaat rendah sehingga ke peringkat university, menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penggantar dan bahasa pembelajaran bagi membolehkaan mereka memahami bahasa itu sendiri.
    - Mewajibkan pelajar belajar bahasa cina dan Tamil, bagi membolehkan kita lebih memahami kaum itu dan meningkatkan lagi tahap komunikasi kaum diantara Negara kita.
    - Perlu meletakkan garis panduan untuk mewajibkan sebagai bahasa Melayu adalah bahasa yang wajib lulus bagi membolehkan mereka mendaoatkan pekerjaan.
    Sekolah Wawasan
    - Mewajibkan semua ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah wawasan.
    - Menaik taraf silibus pembelajaran di sekolah wawasan bagi meningkatan lagi pemahaman dan perpaduan kaum di Negara kita.
    - Semua aktiviti di sekolah wawasan dan juga di peringkat pentadbiran perlu melibatkan semua kaum.
    - Perlu ada piawaian bagi memastikan silibus pembelajaran tidak bersikap berat sebelah.
    - Yuran persekolahan dikurangkan bagi menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut.
    Menuju wawasan 2020
    - Pihak kerajaan haruslah lebih peka dan sensitive terhadap keperluan rakyat yang mana adanya rakyat yang masih ketinggalan seperti di kawsan pedalaman. Mereka lebih ketinggalan berbanding dengan masyarakat Bandar yang mana mempunyai kelebihan infranstrukur dan mendominasi kelebihan dalam arus permodenan dari segi pelajaran, kecanggihan mahupun kemodenan.
    - Kemasukan pelajar di tahun 1 bermula pada usia 5tahun dan sekolah menengah pada usia 11 tahun. Ini bermakna mereka mempunyai masa yang panjang untuk berkhidmat dan memajukan Negara setelah mereka tamat pembelajaran dan juga dapat menghasilkan idea-idea baru yang lebih bernas dan secara tidak langsung dapat memajukan Negara.
    - Perlu melibatkan semua pihak/kaum di dalam proses perangkaan agenda pembangunan nasional.
    - Setiap warganegara mempunyai jiwa merdeka.
    - Mewujudkan setiap pelajar yang memberi penekanan kepada sains , berdaya cipta dan berpandangan jauh.

    ReplyDelete
  3. Kumpulan 3 Puasa PenuhJuly 29, 2012 at 12:53 PM

    DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA
    • Bagi mencapai perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia, Dasar Pendidikan Negara perlu di gubal besesuaian dengan keadaan semasa.

    • Sebagai contoh Sekolah Wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menyatu padukan ketiga-tiga kaum utama di bawah satu sistem pendidikan berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

    • Dengan wujudnya bahasa utama, ia dapat mencapai Wawasan 2020 menjadikan Malaysia sebuah Negara berbilang kaum yang harmoni tanpa syak wasangka antara kaum.

    • Selain daripada itu, sifat anti perkauman dapat dikurangkan jesteru dapat mengelakkan perpecahan perpaduan bangsa Malaysia yang selama ini dipelihara.

    PENAMBAHAN DASAR PEMBELAJARAN DI MALAYSIA SEBAGAI MENTERI PENDIDIKAN YANG BARU

    • Memperluaskan sekolah Wawasan keseluruh pelusok negeri.

    • Mewujudkan satu matapelajaran berasaskan ‘MALAYANIZATION’ yang menekankan perpaduan antara kaum bagi merealisasikan satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.

    • Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dari sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi dalam masa yang sama memperkasakan pengguna Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  4. Kuiz 1 (10 markah)
    Kumpulan 5
    Soalan: Anda sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Bincangkan satu bentuk Dasar Pendidikan Malaysia yang dapat memupuk perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia.
     Model Sekolah: Sekolah 1 Malaysia (Malayanization)
    Unjuran daripada Sekolah Wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, ketiga-tiga jenis aliran sekolah jenis kebangsaan ditempatkan di sesebuah kawasan yang sama untuk memaksimumkan interaksi di antara sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum. Berbeza dengan penempatan sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang berlokasi di tempat berasingan. Konsep ini menjadikan semua pelajar berbilang kaum daripada ketiga-tiga jenis kebangsaan belajar di bawah satu bumbung sejajar dengan semangat 1 Malaysia yang diseru oleh Kerajaan Malaysia pada masa kini. Konsep ini juga memartabatkan Malayanization yang menekankan satu bangsa Malaysia dan bukannya bangsa mengikut kaum.

     Bahasa Perantaraan: Bahasa Malaysia
    Seperti yang dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan ini sememangnya dijadikan bahasa perantaraan bagi Sekolah 1 Malaysia bah kata bahasa jiwa bangsa Malaysia. Namun, Dasar Bahasa Kebangsaan yang dilaksanakan perlu lebih sistematik dan serius. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah anjuran Minggu Bahasa yang mewajibkan Bahasa Melayu digunakan dalam komunikasi guru dengan pelajar dan juga di antara kalangan pelajar dari berbilang kaum.


     Kurikulum : Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
    Dengan rombakan semula dasar PPSMI, kita perlu mengambil iktibar bahawa penguasaan bahasa adalah asas yang penting bagi pelajar bukan sahaja untuk berkomunikasi malah dalam pembelajaran. Sesi dan masa untuk pengajaran kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu ditambah untuk menaikkan taraf penguasaan kedua-dua bahasa oleh pelajar.

     Kurikulum : Sains Dan Teknologi
    Sejajar dengan Wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara bertaraf negara maju menjelang tahun 2020, subjek sains dan teknologi perlu dipraktikkan oleh pelajar melalui eksperimen dan pendedahan kepada praktikum dan bukan sahaja melibatkan pengajaran dari teori sahaja. Pelajar perlu menjalankan projek-projek sains untuk memahirkan pelajar dalam penguasaan ilmu dalam bidang sains dan teknologi.

     Sistem Penilaian : Kewajipan Kelulusan Subjek Sejarah
    Dalam konteks ini, subjek sejarah dipandang ringan oleh golongan pelajar dan mereka menganggap sejarah sebagai satu subjek optional kerana sistem pendidikan Malaysia tidak mewajibkan kelulusan subjek sejarah sebagai syarat umum kelulusan akademik. Subjek sejarah perlu diwajibkan lulus dalam Sistem Pendidikan Malaysia bukan sahaja untuk tujuan akademik yang membolehkan pelajar dianugerahkan sijil pelajaran, tetapi membolehkan pelajar memahami perkembangan sejarah di Malaysia yang menekankan perpaduan pelbagai bangsa yang melahirkan Malaysia hari ini yang merdeka dan bermasyarkat majmuk. Kesedaran ini amat penting untuk mengelakkan kejadian yang tidak diinigin yang dicetuskan akibar perselisihan faham antara kaum seperti kejadian 13 Mei 1969 di Malaysia.



     Pemupukan Semangat Nasionalisme Dan Patriotisme
    Bukan sahaja di dalam konteks negara, dari peringkat sekolah lagi pelajar perlu disemai nilai nasionalisme dan patriotisme. Antara program yang boleh diadakan adalah Bulan Patriotisme pada bulan Ogos setiap tahun yang melibatkan aktiviti seperti pertandingan penghiasan bilik darjah bertemakan Hari Kebangsaan dan Patriotik, perhimpunan persembahan lagu patriotik dan sambutan Hari Kebangsaan.

     Ko-kurikulum: Sukan Untuk Semua Kaum
    Selain itu, ko-kurikulum dalam akitiviti sukan perlu melibatkan semua kaum seperti SUKMA. Di peringkat sekolah, dominasi sesuatu bidang sukan oleh satu kaum perlu dibendung seperti sukan badminton didominasi oleh kaum Cina dan sukan sepak takraw didominasi oleh kaum Melayu. Sukan-sukan tersebut perlu melibatkan kesemua kaum untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan mewujudkan sifat satu bangsa Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Kumpulan 8 (Team Soromban Eh!)July 29, 2012 at 12:57 PM

    DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA
    1. Melentur buluh biar dari rebungnya. Satu sistem tadika perpaduan di wujudkan.
    i. Pendidikan menumpukan kepada pembangunan perkembangan otak (IQ) dan rohani (EQ). Penguasaan 3M (Membaca, Mengira & Manulis) di titikberatkan.
    ii. Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara agar semua pelajarnya , tidak kira bangsa & agama boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.
    iii. Bahasa Inggeris diajar sebagai satu mata pelajaran dan bahasa ibunda masing-masing di praktikkan secara tidak formal di rumah.
    2. Kesinambungan silibus di teruskan. Bagi sekolah rendah, sistem pendidikan berteraskan Dasar Pendidikan Nasional.
    a. Objektif Dasar Pendidikan Rendah Nasional.
    i. Memupuk perpaduan dikalangan pelajar di peringkat sekolah rendah lagi dengan menerapkan nilai-nilai pelbagai bangsa sebagai satu bangsa baru iaitu bangsa Malaysia.
    ii. Mempelbagaikan penguasaan bahasa tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.
    iii. Penilaian terhadap pelajar lebih tertumpu kepada pembangunan minda dan tidak berorientasikan kepada penilaian mengikut gred/peperiksaan.
    b. Kaedah Perlaksanaan.
    i. Subjek hubungan Etnik di perkenalkan dan diwajibkan di setiap sekolah untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan pelajar.
    ii. Pengenalan kelas bahasa cina, tamil kepada semua pelajar bagi mewujudkan kesamarataan untuk setiap pelajar.
    iii. Guru-guru di sekolah menilai pelajar melalui prestasi & penglibatan pelajar di dalam persekitaran sekolah.
    iv. Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Islam/Moral kepada pelajar-pelajar berkaitan.
    3. Pendidikan bagi Sekolah Menengah lebih tertumpu kepada pembangunan modal insan berguna kepada Negara. Dasar pendidikan menengah yang baru diperkenalkan iaitu Dasar Pendidikan Menengah Nasional.
    a. Objektif Dasar Pendidikan Menengah Nasional.
    i. Masih meneruskan Dasar Pendidikan Rendah Nasional iaitu memupuk semangat perpaduan dikalangan pelajar.
    ii. Pendidikan berteraskan penguasaan teknologi & IT.
    iii. Tumpuan kepada pendidikan separa industri sebagai pengenalan kepada kepelbagaian bidang industri.
    iv. Penerapan sejarah kepada pelajar bagi membangkitkan semangat nasionalisme dikalangan pelajar.
    b. Kaedah perlaksanaan dasar.
    i. Pelajar-pelajar diterapkan dengan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan yang mengandungi pelbagai kaum.
    ii. Setiap pelajar diajar menggunakan teknologi terkini bagi megukuhkan penguasaan teknologi.
    iii. Pelajar-pelajar mula diberikan pengenalan kepada bidang-bidang industri yang wujud di Negara ini dan mata pelajaran baru diwujudkan agar selaras dengan Dasar Ini.
    iv. Pada peringkan menengah rendah (Tingkatan 1-3) diajar jurusan umum sebagai pengenalan kepada pengkhususan di peringkat menengah tinggi (Tingkatan 4-5)
    v. Mata pelajaran sejarah diwajibkan kepada setiap pelajar dan diwajibkan lulus.

    ReplyDelete
  6. Nama Dasar
    Dasar Pendidikan 1Malaysia
    Objektif Dasar Pendidikan 1Malaysia
    Memupuk perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia.
    Rangka Dasar Pendidikan 1Malaysia :-
    1) Malayanization.
    a. Menyatukan semua kaum dalam satu sekolah.
    b. Menerap nilai-nilai perpaduan antara kaum diperingkat rendah lagi.
    c. Memperbanyakan aktiviti percampuran sosial antara kaum.
    d. Meningkatkan mutu komunikasi antara kaum dengan bahasa pengantaraan yang sama.
    2) Negara bangsa.
    a. Mewujudkan satu modul pelajaran untuk memahami budaya dan adat setiap kaum di Malaysia supaya wujud rasa hormat menghormati antara kaum.
    b. Menyeragamkan imej pelajar-pelajar tanpa mengira kaum.
    3) Nasionalisme & Patriotisme.
    a. Menyemai rasa kenegaraan dan semangat patriotism dikalangan murid.
    b. Mengadakan bulan kemerdekaan dan perbanyakan aktiviti yang menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan pelajar.
    c. Memupuk semangat cintakan negara Malaysia.
    4) Wawasan 2020.
    a. Menguasai bidang Sains dan teknologi.
    b. Menekankan aspek teknikal dan bukan sekadar teori semata-mata supaya pelajar berkemahiran tinggi dan bedaya saing.
    c. Mewujudkan satu subjek penyelidikan dan pembangunan teknologi-teknologi baru, teori-teori baru.
    5) Subjek Sejarah.
    a. Subjek sejarah adalah satu subjek yang membosankan dikalangan murid-murid sekolah, jadi perlu dikaji satu cara pengajaran yang menyeronokkan dan mudah difahami supaya murid-murid dapat ilmu yang hendak disampaikan.
    b. Mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah didalam modul pembelajaran.
    c. Adakan pendidikan sejarah daripada sekolah rendah.
    6) Bahasa Kebangsaan.
    a. Mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan di sekolah.
    b. Bahasa-bahasa lain juga boleh dipelajari oleh setiap pelajar sebagai bahasa pilihan kedua yang diwajibkan.
    7) Contoh.
    a. Sekolah 1Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Antara bentuk dasar pendidikan yang dapat memupuk perpaduan dan keharmonian kaum Malaysia ialah:
    i. Konsep Malayanization
    - Menerapkan perasaan setia & cintakan Negara
    - Bagi melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan bertunjangkan Malaysia
    - Menjadikan Bahasa kebangsaan sebagai bahasa wajib tetapi bahasa china dan tamil digalakkan untuk dipelajari oleh semua kaum
    - Melaksanakan kokurikulum yang sama disemua sekolah
    - Melaksanakan sistem penilaian yang selaras dan sistematik

    ii. Nationalisme & Patriotisme
    - Natioanalisme ialah semangat kekitaan dan Patriotisme ialah semangat kebangsaan
    - Mempertingkatkan penglibatan kaum India & China dalam ketenteraan.Contoh UPNM.
    - Sambutan 31 Ogos diadakan di peringkat universiti juga bukan hanya pada sekolah.
    - Mewujudkan satu subjek merangkumi semangat nationalisme dan patriotism yang boleh memberi pendedahan kepada dengan lebih jelas.
    - Mengadakan aktiviti-aktiviti atau program yang berunsurkan kenegaraan dan diwajibkan kepada semua rakyat spt PLKN.

    iii. Wawasan 2020
    - Melaksanakan sistem yang berunsurkan praktikal dan pada yang sama unsur teori diberi penekanan.Cth Universiti kemahiran.
    - Menempatkan ketiga – tiga buah sekolah dalam satu penempatan.
    iv. Pendidikan Sejarah
    - Mempelajari sejarah amat penting dalam pembangunan masyarakat.
    - Penekanan sejak sekolah rendah lagi.
    - Tukar konsep membaca dengan praktikal.Cth membuat lawatan , kajian.
    - Menjadikan pendidikan sejrah sebagai subjek wajib.

    v. Bahasa kebangsaan
    - Mengekalkan Bahasa melayu.Cth PPSMI
    - Meletakkan syarat kredit dalam Bahasa Melayu untuk memasuki peringkat IPT
    - Interaksi komunikasi di peringkat sekolah di antara pelbagai kaum dengan menggunakan bahasa kebangsaan .

    ReplyDelete
  8. Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia – bincangkan satu bentuk Dasar Pendidikan Malaysia yang dapat memupuk perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia.
    1. Pendidikan awal
    • Pendidikan untuk anak-anak dimulakan berumur 3 tahun. Berdasarkan kajian, otak kanak-kanak pada umur sebegini dapat menerima dan memproses pembelajaran dengan lebih cepat.
    • Menerapkan nilai-nilai murni seperti aspek rukun Negara, pendedahan kepada nilai-nilai Islam seperti adab, akhlak, disiplin, tauhid dan sebagainya.
    • Pendidikan percuma sehingga peringkat universiti.
    • Kesamarataan setiap kaum dalam mendapatkan pendidikan, bahasa utama Negara di ajar sejak peringkat awal pendidikan seperti Bahasa Melayu, Cina, India dan Bahasa Inggeris.

    2. Konsep Innovatif dan Kreatif
    • Mewujudkan suatu silibus yang menerapkan ciri-ciri / nilai-nilai kebudayaan Malaysia.
    • Menerapkan jatidiri yang utuh.
    • Menerapkan satu carahidup yang melambangkan ciri-ciri rakyat Malaysia.

    3. Teknologi
    • Pembelajaran secara maya dan menggunakan teknologi semasa seperti broadband, local area network dan sebagainya.
    • Sistem buku teks digantikan dengan `system interaksi Malaysia’ iaitu menggunakan gajet seperti tablet iMalaysia yang diberikan secara pinjaman kepada pelajar.

    ReplyDelete
  9. CADANGAN:
    Mewujudkan Bahasa Nasionalisme di dalam sistem Pendidikan Malaysia.

    PENGENALAN:
    Satu bentuk dasar pendidikan yang dapat memupuk perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia dimana ia menggabungkan SJK (C), SJK (T) dan Sekolah Kebangsaan menjadi hanya sebuah sekolah. Dasar ini juga perlu diterapkan dalam peringkat IPTA dan IPTS.

    Dimana semua pelajar diwajibkan mengambil subjek Bahasa Nasionalisme iaitu terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris.

    Contohnya subjek ini boleh dijalankan setiap hari disekolah. Selain itu dasar ini juga mevariasikan aktiviti nilam yang sedia ada iaitu dengan membaca buku selain daripada buku Bahasa Melayu.

    KESAN:
    Antara kesan yang boleh diperolehi dari dasar yang dicadangkan ialah:

    1. Apabila bahasa ini diterapkan pada semua pelajar, sedikit sebanyak terhakis sifat-sifat perkauman.

    2. Dengan dasar ini juga semua kaum dapat mempelajari lebih dari satu bahasa.

    3. Sekaligus ia dapat meningkatkan keharmonian dan perpaduan hubungan di antara kaum.

    4. Dasar ini juga dapat menjadi model Sistem Pendidikan kepada negara luar. Contohnya negara luar menjadikan malaysia sebagai sumber inspirasi yang membolehkan ia dipraktikkan di negara mereka.

    5. Ia juga dapat meningkatkan mutu atau kualiti pelajar untuk ke peringkat kerjaya dimana pilihan kerjaya lebih meluas.

    6. Memudahkan toleransi sesama bangsa tanpa ada perselisihan faham. Di mana sekiranya semua kaum boleh memahami bahasa sesama bangsa, maka tidak wujud salahfaham setiap ucapan yang disampaikan.

    7. Lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur sekiranya timbul masalah. Di mana masyarakat telah memahami bahasa-bahasa yang dipelajari dengan lebih terbuka.

    KESIMPULAN:
    Sekiranya dasar ini dipraktikan ia bukan sahaja dapat mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum sekaligus ia dapat memperkenalkan sistem Pendidikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete