Lagu Tema

Selamat Datang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya akan mengajar kamu untuk subjek UHS1152 Hubungan Etnik SPACE untuk Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur (sec 21) dan Kuching (sec 01).

Semoga kita dapat bekerjasama!

wssalam.

Nasir.Masroom
0137885504
m.nasir@utm.my

Sunday, September 9, 2012

Marking In Progress.


Saya cuba siapkan sblm hari Ahad akan datang.. (Alhamdulillah, done at 9.20pm)

---------------------------------------------------

1. Markah @KCH (kemaskini pada 1.34pm) 

--------------------------------------------------------------

2. Markah @KUL (kemaskini pada 9.28pm)


Tuesday, September 4, 2012

Bagaimana

Salam.

Bagaimana dengan perperiksaan akhir anda hari ini? Kongsikan pengalaman anda di sini.

Sebaik sahaja saya menerima skrip jawapan anda, saya akan menandanya. Tak sabar mahu lihat jawapan yang anda beri!

Jumpa lagi minggu depan.

Saturday, September 1, 2012

Sebelum Perperiksaan Akhir

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya difahamkan tarikh perperiksaan akhir adalah pada 4 September 2012. Anda boleh lihat contoh-contoh soalan essei di ruangan "Soalan Contoh". Anda juga boleh menyemak markah tugasan (carry marks) anda pada ruangan "Carry Marks". Sebagai proses penambahbaikan (continues improvement), sila berikan apa-apa komen anda terhadap sesi pengajaran saya di ruangan "Refleksi".

Akhir kata, saya memohon jutaan maaf di atas segala kekurangan ketika sesi pengajaran. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang anda semua berikan. Semoga kita bertemu di lain masa.

Sekian.

Monday, August 27, 2012

KUIZ 3 @KUL (25 Ogos)

Salam.

Kuiz 3 @KUL telah dijalankan pada 25 Ogos 2012. Berdasarkan jawapan-jawapan yang diberi, saya dapati beberapa kumpulan tidak memberikan jawapan yang tepat untuk soalan (b). Berikut saya berikan jawapan yang dikehendaki dalam skema markah;


Jawapan:
Apakah anda faham dengan prinsip Islam Hadhari "Rakyat Berjiwa Merdeka"? 1 Markah

a)    Mengikut prinsip tersebut, masyarakat yang mempunyai jiwa yang merdeka  ialah masyarakat mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka juga dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Oleh itu Rukun Negara menjadi teras kepada masyarakat yang merdeka.Membina kebebasan diri ini juga bermaksud membebaskan diri kita daripada penghambaan sesama manusia dan unsur makhluk yang lain bahkan kiita menjadi hamba dan memyerah diri sepenuhnya kepada Allah.

Adakah prinsip ini selari dengan perkara 10 (2), (3) dan (4) dalam perlembagaan persekutuan. Bincangkan. 2 Markah
b)    Ya, prinsip ini selari dengan Perkara 10(2),(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang sedia maklum “Rakyat berjiwa Merdeka” bermaksud mempunyai fikiran yang kreatif, kristis dan inovatif. Selain itu, mampu meluahkan hasrat hati, mengutarakan buah fikiran yang dinamik, positif dan proaktif. Ini bermakna rakyat boleh mengutara atau meluahkan pendapat atau pandangan mereka sendiri yang boleh memberi manfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat, dan Negara. Namun rakyat itu sendiri perlu tahu bahawa pendapat dan pandangan yang mereka utarakan itu tidaklah melampaui batasan nilai dan etika keislaman dan ketimuran sehingga boleh menimbulkan fitnah ataupun memporak perandakan keamana Negara. Sekiranya perkara itu berlaku, Negara berhak untuk menyekat ataupun melarang sebarang aktiviti-aktiviti yang boleh menganggu keamanan Negara.

Nyatakan apakah kesan negative yang utama terhadap kebebasan bersuara kepada hubungan etnik? Penyelesaiannya. 2 Markah
c)    Kebebasan bersuara tiada gunanya jika tidak diamalkan dengan rasa tanggungjawab. Kebebasan mutlak dan tanpa batasan boleh memberi kesan buruk. Kita tidak harus terpengaruh dengan desakan kebebasan bersuara, tetapi tidak mengambil kira perasaan atau sensitiviti orang lain. Kita sudah banyak menyaksikan pelbagai musibah dan bencana menimpa negara lain disebabkan kebebasan bersuara tanpa had. Sebab itulah majoriti rakyat marah apabila tercetus beberapa kejadian demonstrasi jalanan yang didukung kumpulan tertentu baru-baru ini, kerana ia lebih banyak mendatangkan kesan negatif termasuk kepada peniaga.Oleh itu, sebarang rasa tidak puas hati seharusnya disuarakan melalui saluran tertentu bukan menerusi demonstrasi jalanan. Rakyat yang mampu berfikir secara rasional tidak akan membenar atau merelakan sebarang anasir untuk merosak serta mencemarkan keharmonian yang dibina sejak sekian lama.

sekian.

Monday, August 6, 2012

Makluman Terkini!

1. Berikut adalah makluman tentang kuiz yang akan datang;

a. Kuiz 2 (KCH) - 11 Ogos - Akta Pendidikan 1997 (klik di sini)
b. Kuiz 3 (KCH) - 12 Ogos - Islam Hadhari
c. Kuiz 3 (KUL) - 25 Ogos - Islam Hadhari


2. Saya amat mencadangkan agar setiap kumpulan mempunyai kemudahan laptop dan internet untuk membantu anda menjawab kuiz yang dijalankan.

3. Tugasan berkumpulan (report writing) dan slide presentation (soft copy - CD) hendaklah diterima selewat-lewatnya sebelum/pada 30 Ogos 2012.   Hantar melalui pos ke alamat;
   
Mohd Nasir bin Masroom, 
Blok D05, Fakulti FPPSM,
Universiti Teknologi Malaysia,
81300 Johor Bahru
.

4. Markah "carry marks" telah saya kemaskini. Lihat seksyen "DOWNLOAD".

Have a nice day!

Monday, July 23, 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1. Bersempena kedatangan bulan Ramadhan ini, TIADA sebarang perubahan masa untuk kelas UHS1152 KUL (sec 21) & KCH (sec 01);
  • Kuala Lumpur - Sabtu 2.00ptg - 6.00ptg dan Ahad 8.30pg - 4.00ptg.
  • Kuching - Sabtu 2.00ptg - 6.00ptg dan Ahad 8.30pg - 4.00ptg.
2. Satu kuiz ONLINE (10 markah) akan diadakan pada 28 Julai (KUL) dan 4 Ogos (KCH). Tajuk yang akan difokuskan adalah Perlembagaan Persekutuan. Hanya yang hadir akan diberi markah.

3. Lihat markah terkini (carry marks) kamu pada "Download" seksyen di atas.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

Monday, July 9, 2012

Pertemuan #1 Kuching (KCH) 14 Julai

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Memandangkan penerbangan Air Asia JHB - KCH pada 14 Julai (Sabtu) dijadualkan mendarat di Kuching pada jam 1.55pm, maka kelas pada hari tersebut akan bermula pada jam 3.00pm. Harap maklum.

Jumpa anda di sana!

Thursday, July 5, 2012

Pertemuan Pertama


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kelas di KUL akan bermula pada 7hb Julai. Manakala di KCH bermula 14 Julai.. Di sini saya sertakan sinopsis kursus ini untuk makluman semua (klik)

Tidak sabar berjumpa kamu semua!

wssalam.